Sunday, February 20, 2011

Pakcik baru sampai rumah .

Demo la ni ni tak supo mulo, tok berani kawe nok te e e e gor,
demo kerling hujung mato, demo kerling hujung mato,
yo mari angin sekat demo kayo.

Ha3...pakcik mintak maap la kepado pembaco-pembaco setio pakcik,
sob3...pakcik terharu sebenaunyo, ha3.
Pakcik ingatkan budak-budak usm eng tak minat blog politiking macam pakcik punyo. Tapi ado jugak yang bominat rupo ei.
Pakcik sobanaunyo baru sampai kek rumah pakcik, almaklumlah, pakcik baru balik daripado mer-limau, ha3.
Biasolah, tugas seorang pemudo macam pakcik ni banyak, kehulu kehilir la pakcik.

First thing first, ha3, hari ni nak speaking, menyahut soruan ketuo pemudo kito, kono pandai bercakap bahaso inggeris, ha3.
When i open my blog, and i almost fell down, faint already, i have a reader, and commenter, omg, ha3.
But, all the comment, hate uncle, they think that i making some trouble with them.
But, i seriously never-never want to do that, i never doing that, i just want to share. Ha3, but nevemind it.
Immediately, i calling my informant at usm eng, and they said, usm eng is having an election,
Uncle said, how come ? Who fighting ? My informant said, Civil got fight, Malay and Chinese.
but TNC Prof OO said, that usm eng, already not have fighting. He said all chair is winned by Pro Aspirin, ha3.
My informant said, no3, there were a fighting. Try open this link he said, link
Uncle said, Whoa ! A great news already, and i have a new spirit, ha3.
He said, maybe there were a conspiracy in this fighting. and I said, that was awesome news, keep updated me.

Ha3, pakcik tuko bahaso melayu balik, tergheliat lidah dengon ketiak pakcik macam ni. Ha3, ini dia culan-culannyo. Seorang Chinese dan seorang lagi Melayu. Tapi sebelum pakcik bongkarkan sedikit konspirasi yang informant pakcik bagi tahu tu, pakcik nak budak-budak usm eng tengok ni dulu, laporan media mengenai kampus hampa semua noh.


Macam mana perkara ini boleh berlaku ? Prof OO cakap usm eng sudah menang tanpa bertanding semuo kerusi di usm eng. Tup tup ado pertandingan pulaknyo. My informant cakap ini mungkin salah satu bukti bahawa kuasa Hepp lagi dahsyat daripado TNC. My informant said, Hepp yang diketuai oleh RR sudah lawan toke.
Tapi itu bukan masalah pakcik. Demo pikir sendiri la deh. Apo yang pakcik nak TEKAN KAN/HIGHLIGHT kan disini ialah, macam mana berlaku double statement di sini. Konspirasi apakah yang sedang dilakonkan oleh RR. My informant said, kemungkinan besar ini hanyalah retorik supaya nak menunjukkan usm eng masih ada pertandingan dan demokrasi berjalan di kampus eng kerana tahun lepas dah memang tak ada, takkan tahun ni pun tak ada lagi.
Ha3, pakcik makin suko. Kalau betul la kata-kata informant pakcik tu, nampaknya, TH Ting dengan Shazril Idris ni, salah satu nya adalah KAMBING HITAM. Kalau duo-duo tahu yang mereka ni kambing hitam, pakcik takdo masalah, tapi pakcik kesian kalau duo-duo tak tahu yang mereka dipergunakan untuk menjadi KAMBING HITAM !
kerana apa, ia adalah kerana, kerusi itu sebenarnya sudah dimenangi oleh Pro Aspirin, yang pakcik raso mesti calonnya ialah Shazril Idris. Dan mungkin TH Ting. Pakcik pun tak tahu. Apa yang pasti, HEPP sudah mengetahui siapakah pemenangnya yang mereka sendiri pilih berdasarkan statement yang telah dikeluarkan oleh Prof OO.
ISK ISK ISK, sampai hati RR buat macam tu dekat pelajar-pelajar usm eng. Tapi adik-adik di usm eng jangan bersedih. Walaupun anda mahukan Pilihan raya kampus yang adil dan telus, tiada konspirasi, namun ketahuilah bahawa, inilah yang kebiasaannya terjadi kepada anda. Diperbodohkan atau dipermainkan. Pakcik kesian dekat hampa semua, lebih-lebih lagi kepada calon, berpenat lelah berkempen dan berapat umum, tapi tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya dipergunakan untuk tujuan tertentu.

Apa yang pakcik cadangkan kepada anda, jika anda ingin mengetahui, ini sebenarnya adalah mainan politik RR dan HEPP atau pun tidak, yang boleh adik-adik lakukan ialah dengan memboikot pemilihan calon diantara TH Ting dan Shazril Idris. Kerana apa, daripada sini kita akan dapat kenalpasti, jika pertandingan itu masih ada pemenangnya walaupun tiada undi yang jelas , ia sebenarnya menampakkan bahawa calon itu sebenarnya telah diatur kemenangannya.

Atau pun , apa yang boleh anda buat ialah dengan mengundi calon TH Ting, kerana ia sebenarnya lebih adil dengan meletakkan seorang lagi perwakilan bukan melayu supaya hal ehwal pelajar bukan melayu yang terdiri daripada Chinese dan Indian dapat diwakili oleh dua perwakilan. 
Selain itu juga, mengikut perangkaan pakcik, TH Ting bakal memenangi kerusi itu kerana berdasarkan jumlah supporter di laman FB, TH Ting mempunyai 288 penyokong dan Shazril Idris hanya 146 penyokong, hampir separuh perbezaan diantara keduanya dengan majoriti TH Ting 142 penyokong. Malah, manifesto TH Ting dilihat lebih praktikal berbanding Shazril Idris yang menggunakan manifesto biasa seperti tahun-tahun sebelumnya, cuma diubah kepada bahasa inggeris. Bahkan TH Ting seolah-olah dapat mengesan bahawa kekurangan perpaduan dikalangan pelajar usm eng merupaka masalah yang perlu dibendung segera. Inilah yang sepatutnya dibawa oleh calon-calon yang bertanding, bukan semata-mata mementing kebajikan dan akademik, tetapi integrasi dan solidariti pelajar itu sendiri yang lebih penting.

 
Halaman Shazril Idris


Halaman TH Ting

Tuesday, February 15, 2011

PRK bapak korang !

Salam,
ape ? tak paham tajuk posting ?
Korang ni memang jahiliah ke atau katak bawah jambatan ?
Bukan perak, kentucky fried chiken pun bukan..
Cakap duduk kat universiti, PRK tu PILIHAN RAYA KAMPUS LA BODO.

Tak tahu langsung ?
Aik, takkan kot, minggu ni adalah minggu PRK !
Takkan tak tau langsung ?
Kau universiti mana ?
USM ?
Aik , takkan kot ?
Pakcik tak percaya !


*Lalu, pak cik call kawan pak cik dekat usm kampus eng.


Kawan pak cik cakap, memang ada PRK kat USM, tapi dia cakap tak heboh sangat !
Dia cakap sampaikan budak-budak tak tahu pun ada PRK minggu ni. 
Dia cakap sebabnya ; 


1. NOTIS PEMBUBARAN DAN PEMILIHAN BARU MPP sangat sedikit ditampal, dah la sedikit, kecik pulak tu (size A4) . Tampal satu blok desa satu memo.
2. TIADA STATEMENT ATAU KENYATAAN DARI MPP SIDANG LEPAS DI PUBLIC ATAUPUN DEKAT WEB MPP.
3. SPEAKER CORNER DARI MPP SIDANG LEPAS MENGENAI PERLETAKAN JAWATAN LAGI LA TAKDE ! 

TUDIA AIH !
MEMANG JAHIL SUNGGUH DAH HANGPA NI !
PATUT LA PRK PUN TAK TAU !
NI PAKCIK NAK HABAQ KAT HANGPA, HIDUP JANGAN JADI JAKUN, AMEK TAU SIKIT HAL EHWAL HANGPA JUGAK !


* INFO daripada kawan pakcik di usm kampus eng

11 FEB 2011 - NOTIS PEMILIHAN DIKELUARKAN/PEMBUBARAN MPP


11 FEB 2011-16 FEB 2011 -BORANG-BORANG PENAMAAN CALON DIKELUARKAN DI PEJABAT BHEPP MULAI 8.30 PAGI (11 FEB 2011) HINGGA 4.30 PETANG (16 FEB 2011) UNTUK KAMPUS INDUK DAN KEJURUTERAAN (WAKTU PEJABAT SAHAJA)


UNTUK KAMPUS KEJURUTERAAN, PEJABAT HEPP AKAN DIBUKA JUGA PADA HARI SABTU (12 FEB 2011) MULAI 8.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG UNTUK URUSAN PENGAMBILAN BORANG.


11 FEB 2011(JUMAAT) - URUSAN PENGESAHAN BORANG-BORANG PENAMAAN CALON
14 FEB 2011 (ISNIN) &   UNTUK HEPP, PENGGAWA, DEKAN DAN TNC.
16 FEB 2011 (RABU) 
(waktu pejabat)


17 FEB 2011 - HARI PENAMAAN CALON (9.00 PAGI-12.00 TENGAHARI)


17-20 FEB 2011
(KHAMIS - AHAD) - HARI BERKEMPEN (5.00 PETANG, 17 FEB 2011-12.00 MALAM 20 FEB     
                                    2011)


21 FEB 2011 (ISNIN) - HARI MENGUNDI (8.30 PAGI - 5.00 PETANG)

21 FEB 2011 (ISNIN) - PROSES MENGIRA UNDI (6.00 PETANG - TAMAT MENGIRA)



*TAKDE STATEMENT KE APE KE TENTANG MPP USM ENG LETAK JAWATAN !



Saturday, February 5, 2011

Kisah Mesir.

Salam,
pak cik baru je balik dari Kaherah,
kenape ?
xpercaye ke ?
korang memang, asal tua je xpercaya, kau ingat pak cik x mampu ?
orang besar pak cik ni !
Pak cik nak sembang besar tu xde la sangat.
Ala kadar je.
Pak cik pergi atas tiket Pemuda, korang teka la pemuda ape.
Memang kat sana sangat-sangat jahanam.
Ade pulak golongan yang menyokong kerajaan bergaduh dengan demonstrant.
Memang jadi mcm perang la.
Ada satu kisah dekat Kaherah, tak tahu la penyokong kerajaan atau demonstrant, diorang nak rampas kamera wartawan semua.
Ada yang kena tembak, dan macam-macam lagi, kena curi duit pun ada.
Memang dah ganas.
Pakcik pun takut, pak cik kan tua.
Tapi pak cik memang respek student-student kita dekat Mesir sana, mereka memang berani, sekalipun berdepan dengan situasi hidup mati, tapi mereka masih rileks,cool and steady. Pakcik tabik !
Kalau student kat Malaysia kena macam ni ? agak-agak dah jadi macam mana ntah.
Mesti korang nak cakap, kami rilek jugak la kan ?
Eleh, berlagak dengan Pak cik plak.
Tu je la dari pak cik, udoh tak larat doh menaip, esok2 plak sambung.

Wednesday, February 2, 2011

PAK CIK HARUN

salam,
ape kabau semua !
topek pukul 3.40 ptg, pak cik dongan banggonyo,  mempersembahkan kek ekau semuo !
blog pak cik

blog PAK CIK HARUN RADIKAL !

ekau ingat org2 mudo eh yang bleh ado blog ?
pak cik pun ado jogak !
pak cik pakai stremix lagi ,
ekau org jangan marah pak cik yo,
sobab blog ni pak cik cakap x berlapik,
kalau kono org pompuan yang baco yo,
pak cik mintak maap la.
dah kotar2 tangan pak cik ni,
maklumlah org tuo,
nak tulis hurup bosa pun kono panggil org kpg.
pak cik poei dolu !
assalamualaikum !

bawah ni pic pak cik suko, radikal la kato ei,






tonggu kobonaran yang akan dibongkar pak cik yo !