Friday, March 11, 2011

Pak cik terkejut !

Tepat pukul 11 malam, pakcik dapat satu emel daripada seorang pensyarah, lantas pakcik open dan read emel daripada Pensyarah itu. Pakcik tokojut, betapa pakcik tak sangka, rupa-rupanya lagi teruk daripada yang tahun lepas. Tak ku sangka-sangka. Baru ja naik jadi pemimpin, kampus dah jadi macam-macam. Pakcik tak tahu apa yang pemimpin-pemimpin di kampus fikir, tak kiralah yang MPP, Persatuan-persatuan, Kelab-kelab dan sebagainya, tapi jelas, ia sesuatu yang amat menyedihkan. Anda bacalah sendiri, pakcik walaupun bergiat untuk Pemuda, tapi Pakcik bekas pimpinan kampus masih lagi rasional dalam setiap langkah. Inilah surat sedih dari seorang Pensyarah  :


Assalamualaikum wbt,
Saya terpaksa meluahkan perasaan saya berkenaan dengan gejala yang tidak sihat yang semakin menjadi-jadi dibumi ilmu tempat saya menabur bakti, ternyata gejala ini menjangkiti anak-anak bangsa saya yang semakin hari semakin lalai, dan mereka ini semakin jauh daripada usaha untuk mencari ilmu dan berjaya. Ini luahan daripada seorang Pensyarah yang tidak mampu berbuat apa-apa,



Pada saat ini masyarakat muda Islam di Malaysia khususnya golongan siswa/i semakin dijajahi pemikirannya dengan budaya – budaya asing seperti hedonisme  mengakibatkan sensitiviti terhadap Islam dan aqidah semakin terhakis di dalam sanubari mereka.Rata-rata siswa/i sering menjadikan persoalan hiburan, sukan dan perkara kebendaan seperti musik, artis dan sebagainya sebagai elemen perbincang utama mereka.

Jarang sekali persoalan berkaitan aqidah, ibadah ,akhlak dan ilmu itu sendiri menjadi pilihan perbincangan dan perbualan.. Di sini bukanlah saya ingin menyatakan perkara seperti hiburan dan sukan merupakan perkara yang dilarang oleh syara’.. Semua perkara tersebut adalah harus di sisi syara’.. Malah, sebahagiannya merupakan tuntutan dalam Islam untuk menyediakan Ummah Islam yang kuat dan sihat seperti bersukan.. Cumanya, ianya akan menjadi haram apabila batasan Islam dilanggar dan dirobek akan larangannya seperti persoalan aurat dan ikhtilat (pergaulan lelaki dan perempuan)

Sebenarnya pada ketika ini, perlu wujud satu perubahan yang dibuat oleh golongan muda Islam.. Terutamanya, golongan siswa/i kerana golongan ini digambarkan sebagai intelektual yang menjadi agen perubahan kepada masyarakat untuk membina ketamadunan Islam yang hebat seperti zaman kegemilangan Islam.. Yang mana, agen perubahan ini perlu dibimbing oleh Para ‘Alim Ulama’ yang merupakan pewaris para anbiyya’..

Masyarakat hari ini dihantui dengan pelbagai masalah – masalah sosial yang parah.. Kes – kes pembuangan bayi, penzinaan yang berluasa, pelacuran dalam kalangan penuntut IPTA, kejahilan artis-artis yang dibangga-banggakan, penyalahgunaan dadah, arak, judi, mat rempit, rasuah, kroni, kurangnya integriti para pimpinan dan sebagainya.. Masalah ini banyak dihebahkan kepada masyarakat.. Tetapi, penyelesaian yang serius tidak pernah dirangka oleh pihak berwajib.. Adapun, sekadar melepaskan batuk di tangga..

Sewajarnya siswa/i di dalam kampus perlu berperanan mengubah masyarakat.. Namun, tidak wajud satu gelombang perubahan yang dibawa dalam kampus untuk menjadi agen perubahan pada masyarakat.. Amat sedikit wujudnya siswa/i yang menjadi agen perubahan kepada masyarakat mengubah mereka ke arah yang lebih terpimpin.. Semua ini berlaku kerana apabila pemikiran siswa/i telah dihadkan kepada perkara-perkara furu’ atau remeh seperti persoalan hiburan, sukan dan konsert menjerit terlalak-lalak.. Dan saya dikejutkan lagi apabila menerusi Facebook saya telah mendapat tahu, di kampus bakal diadakan satu konsert band yang mana dianjurkan sendiri oleh pelajar dibawah naungan HEPP.

Lebih buruk lagi, tidak nampak kepimpinan contoh daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baru dilantik ataupun yang telah menjadi mantan.. Mereka tidak langsung menjadi 'check and balance' kepada pelajar . Bahkan mereka menjadi pekerja kepada HEPP dengan bertindak menjalankan aktiviti yang dirangka oleh HEPP itu sendiri. Mereka tak ubah ibarat lembu yang dicucuk hidung kemudian ditarik hidungnya oleh HEPP. Saya tidak mahu mengatakan siapakah orang kuat HEPP itu, anda fikirkan sendiri.Kebanyakan MPP hanya membicarakan persoalan aktiviti sukan, menganjurkan konsert melalak dan melolong, tarian, lakonan dan pergaulan bebas antara lelaki perempuan.

Saya mengambil dalam konteks kampus kejuruteraan USM kerana saya adalah seorang pensyarah di situ.. Sepanjang pengamatan hampir 3 ke 4 tahun ini tidak wujud program yang berbentuk umum kepada masyarakat kampus yang dapat membina pemikiran siswa/i ke arah lebih matang.. Kesannya, sudah beberapa tahun tidak wujud pertandingan pilihanraya kampus.. Di mana, perginya nilai kepimpinan di dalam diri siswa/i kampus.. Pejam celik, pejam celik, naik MPP baru.. Pejam celik, pejam celik, naik MPP baru.. MPP gagal membina siswa/i ke arah pemikiran yang lebih matang untuk menilai kepentingan sifat kepimpinan dalam diri siswa/i, MPP yang telah dipilih dari awal lagi.

Adapun yang cuba dibawa oleh MPP sekadar program sukan, konsert untuk menjemput artis-artis tidak bermoral , program hiburan, tayangan filem dan perkara sekutu dengannya.. Mana mungkin, aktiviti-aktiviti ini mampu untuk membina kepimpinan yang lebih matang dan kreatif pada diri siswa/i.. Sebaliknya, siswa/i semakin merapu dan mengarut.. Pemikiran terbatas kepada hiburan dan sukan. Saya tidak menafikan, mungkin terdapat aktiviti-aktiviti yang dirangka untuk membangunkan pemikiran siswa/i.. Cuma persoalannya, mengapa aktiviti-aktiviti untuk kerangka pembangunan siswa/i tidak mendapat tempat yang utama pada masyarakat kampus.. Apakah MPP mahu menuding jari kepada masyarakat siswa/i menyalahkan mereka kerana tidak mengambil bahagian dalam aktiviti pembangunan siswa/i?. Jawapannya mudah sahaja, apabila aktiviti yang dilaksanakan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga dan acuan Islam tidak diambil sebagai dasar yang utama.. Maka, keputusannya ialah masyarakat kampus yang wujud sekarang ini..

Saya ingin mencabar kepimpinan MPP yang ada.. Berapa ramai pimpinan MPP yang boleh menjadi imam solat fardhu secara jema’ah?. Yang boleh memberi tazkirah atau nasihat umum kepada masyarakat kampus?. Melalui medium MPP yang banyak. Bahkan, saya juga agak kecewa dengan Persatuan Mahasiswa Islam yang dilihat tidak memainkan peranan menegur apabila rakan mereka daripada MPP menjalankan sesuatu program yang tidak sihat seperti konsert band itu yang saya fahamkan telahpun dimulakan pada sidang lepas lagi dan kemudian diteruskan lagi kepada tahun ini.

Di sini, bukanlah penulis ingin menyalahkan atau mengkritik kepimpinan MPP yang ada.. Cumanya, sekadar lontaran idea untuk membuka minda pemikiran siswa/i.. Rasulullah s.a.w mengajar kita bagaimana untuk memilih Imam untuk solat.. Sifat-sifat dan ciri-ciri yang wajar wujud padanya?.. Sebenarnya, sifat-sifat dan ciri-ciri imamlah merupakan ramuan yang perlu dibentuk oleh MPP untuk menjadikan siswa/i kampus sebagai agen pengubah masyarakat..

Tidak semestinya, program yang perlu dilaksana perlu bercirikan islamik dan ilmiah semata-mata.. Teruskan dengan kerangka yang sedia ada.. Namun, setiap dasar yang ingin dibuat perlu dirujuk kepada dasar Islam.. Islam sebenarnya wajib menjadi dasar kepada MPP dalam merangka perancangan untuk membentuk agen perubahan dalam masyarakat dalam diri siswa/i.. Islam bukan hanya untuk digunapakai oleh orang melayu.. Tetapi, orang cina dan orang india juga sewajarnya diadun dengan dasar Islam.. Bahkan program-program ilmiah dan matang sebenarnya bersifat universal dan sesuai untuk disertai oleh sesiapa sahaja .

Sebagai akhirnya, untuk mengubah paradigma masyarakat siswa/I MPP perlu memainkan peranan yang serius.. Saya merasa terpanggil untuk menjana penulisan ini lantaran Al Imam Syafiee r.a pernah menyatakan “Agama itu diatas penguasa”.. Maka, MPP merupakan penguasa di kampus.. MPP sewajarnya menjadi nadi penggerak mengtajdidkan minda siswa/I untuk mengubah mereka menjadi agen perubahan.. Siswa/i perlu dijadikan individu yang terkedepan dalam masyarakat untuk memimpin.. Perkara ini perlu diprogamkan oleh MPP.. Ini gerak kerja MPP yang sewajarnya dilaksanakan bukannya melaksanakan konsert band seperti yang telah kita ketahui itu  Sebaliknya, MPP perlu merencana pemikiran siswa/i supaya mereka menjadi agen perubahan dalam masyarakat dan jangan mengikut telunjuk HEPP  kerana mereka ini hanya meracuni pemikiran anda dan menampakkan anda seperti anjing suruhan . Jika tiada sebarang tindakan bantahan dan cancel  konsert itu daripada MPP dan siswa/i yang menjalankan program itu, saya TIDAK REDHA ilmu yang telah saya berikan kepada anak murid saya, kerana saya kenal anak didik saya yang menjadi jawatankuasa konsert band itu dan saya rasa semua pensyarah-pensyarah terutama yang  beragama ISLAM juga akan berpendirian sama seperti saya. Saya sangat dukacita dan kecewa terutama kepada pelajar-pelajar Melayu yang beragama Islam.


Harap pakcik Harun dapat siarkan surat saya ini di blog pak cik. Salam.


Pensyarah Kecewa.